Jul 5, 2011

menjadi pelajar cemerlang ?

Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, berikut saya terangkan langkah demi langkah yang perlu anda pelajar lakukan

>FORGIVE and FORGET
>MENULIS OBJEKTIF
>MELEKATKAN OBJEKTIF DI TEMPAT YANG MUDAH DILIHAT

1. apabila kita forgive and forget, kita sebenarnya melapangkan fikiran kita agar kita boleh berfikir secara positif dan menumpukan fikiran kita untuk membina kehidupan yang baik di masa hadapan.

2. apabila kita menulis objektif atau impian kita, otak kita dapat melihat dengan lebih jelas arah tujuan kehidupan kita sehinggakan ini dapat membantu kita mengecapi impian dengan lebih teratur dan terurus.

3. apabila kita membaca impian-impian kita dengan jelas dan terperinci setiap hari, kita sebenarnya memberi arahan kepada otak kita tentang impian ini, sehinggakan otak kita menjadi ingat dan seterusnya menghantar isyarat dalaman kepada seluruh anggota badan supaya bekerja untuk mencapai impian ini. Dengan ini tanpa disedari, kita menjadi lebih bersemangat, lebih suka belajar, lebih suka bergaul dengan golongan yang suka belajar, lebih memberi perhatian kepada pengajaran guru, tidak cepat berputus asa dan sentiasa seronok apabila mendapat input baru tentang cara-cara untuk belajar dengan lebih berkesan. Badan kita juga secara semula jadi akan menolak perbuatan-perbuatan negatif iaitu, kita akan sangat berasa bersalah jika kita membazir masa dan dengan ini kita akan lebih berhati-hati tentang pengurusan masa, dan kita juga akan bersikap positif.
 
~power of mind (titicahaya.blogspot.com)~

No comments: