Jun 28, 2011

REPORT CARD DAY !


pix fm : google
edit by ; princessthirakawaii
 Hari ni 28062011 merupakan Hari Terbuka(report card day) SMK (P) Methodist Klang ! tepat jam 9.30 pagi , pagar besar dibuka dan ibu bapa pun masuk dan mula mencari kelas permata hati masing-masing ...

Dalam masa 5 minit kelas aku 3 Pintar telah pun didatangi oleh ibu bapa para sahabat ! sedang ibu bapa sibuk berbincang , bercakap , kami , The Kecoz mengambil kesempatan mengambil gambar menggunakan telefon bimbit Athirah Fatinah Ahmad Fauzi .. setelah si empunya telefon bimbit pulang , kami pun berbual dan berbual dan berbual sehingga ibu bapa kami datang dan membawa kami pulang ... tetapi aku belum juga pulang -.-"

disebabkan kebosanan yang melampau , aku pun berhijrahlah ke kelas-kelas lain .. sebaik sahaja aku keluar dari kelas , aku sungguh terkejut apabila melihat kelas sebelah sangat penuh dengan ibu bapa .. dan , abang kepada sahabatku juga belum pulang ! *mak ai ! gila lama !*

 kemudian aku nampak sahabatku di 3 Efektif , Nur Fatin Syahirah Nazrin .. aku pon pergilah kepadanya ! kami pon bercerita itu dan ini ..sudah lama x bercakap dengannya .. oleh kerana ibu bapa kami belum sampai , kami pun lepak laa di kelas aku .. sedang kami duduk di kerusi penunggu , tiba-tiba aku bertanya , "hai , ambil report card anak ke ?" dan si fatin bengong ni pon sambung perbicaraan aku yang bangang itu ! hahhahaha !!! memang tergelak gelak laa kami ! dia memegang watak sebagai janda kaya yang mempunyai sepasang anak yang bersekolah di sekolah swasta dan seorang anak pungut bersekolah di sekolah kerajaan , berkerja sebagai seorang doktor di hospital swasta bergaji RM 5juta , mempunyai lebih dari 20 buah kereta dan sebuah rumah yang bernilai RM 2juta , hanya membeli-belah di luar negara .. aku pula, seorang wanita yang mempunyai 4 orang suami dan merupakan isteri muda(yang ke-5 taw! ) bagi suami-suami aku , hanya mempunyai seorang anak perempuan yang bersekolah di sekolah swasta , mempunyai rumah flat 5 tingkat bernilai RM 3juta di Malaysia dan rumah banglow 10 bintang di setiap negara juga mempunyai 20 biji kereta (akan datang tambah lagi 20) , bekerja di sebuah syarikat dan gaji setiap bulan RM 30juta , membeli belah di semua shopping complex pasar malam juga tidak ketinggalan semua disapu bersih ..

setelah semua ibu bapa sudah pulang , guru kelasku Puan Nuriah bertanya sama ada ibuku datang atau tidak .. aku pasti ibuku lupa tentang ini .. ketika aku ingin keluar berlepak dengan fatin , aku nampak ibuku ! "CIKGU !! MAK SAYA SUDA DATANG !!" dan tekaan aku tepat bahawa ibuku lupa kerana sedang asyik mengajar kakak aku membuat cupcake .. baru sahaja mak aku duduk , Puan Jamuna guru bahasa inggeris aku tingkatan 1 dan 2juga merupakan ibu kepada Sastika , classmate aku , pun datang .. disebabkan Sas ni anak cikgu , Pn Nuriah pun suruhlah dia hanya tandatangan .. sedang dia tandatangan , dia puji aku berbakul - bakul ! pada waktu itu , aku hanya senyum kepadanya dan juga fatin yang setia menyibuk di sebelah aku ... komen cikgu tentang aku sungguh kelakar .. tapi for the 1st time , aku tidak dicomplain kerana banyak bercakap ! ahhahahahaha !!!!!!

*papan putih di kelas 3 Efektif telah dihias dengan kata-kata "hargailah usaha anak anda " "jangan pukul permata hati anda " dan macam-macam lagi .. hahha ! bagus betul budak-budak kelas tu !
**aku mendapat tahu , budak-budak kelas sebelah aku kena bebel dan dipaksa berjanji no fb , no lappy dan segala macam no lagi .. nasib korang lerrr ....
***The Kecoz , adalah my best classmates ..yang bising-bising dan gila-gila di belakang .. akan buat satu post tentang mereka !
**** MY REPORT CARD DAY 2011 was the AWESOME and BEST DAY EVER !!!!!

itu sahaja untuk hari ini ...

LOTS OF LOVE ,
PRINCESS THIRA

3 comments:

Anonymous said...

asal x tulis ibu ckp ape kat ckgu...?
tulis la... kalau kau nk akk siap bg gamba tu lg bia kau post kt blog ni
hahahahahah

Nur Fatin Syahira Bt Nazrin♥ said...

haha. i really have fun with you :)

Princess Thira said...

ano (si gedik) ; sebok la kau !

fatyn (janda) ; me too ! haha .. the best day i had with u !